Monday, October 17, 2011

Program Kutu Masjid dan Anak Yatim dan Kempen Anti Murtad

Asalamualaikum,

Menemui Saudara-saudara Seislam Yang di Hormati lagi di Kasihi Sekelian

Saya ingin menjalankan satu program yang di namakan Kutu Masjid, Kutu Anak Yatim dan Kutu Anti Murtad, Program ini adalah satu bentuk sedekah berjadual seperti mana setiap bulan kita bayar bill bulanan, bezanya tak ada paksaan atau surat peringatan jika tak bayar !

Program ini berjalan dengan mengutip sedekah secara berjadual seperti permainan “kutu” juga cumanya penerima nya ialah Masjid-masjid dan Surau serta Rumah Anak Yatim, Juga Saudara Kita yang terjebak dalam masaalah gejala Murtad di sebabkan masaalah kewangan secara bergilir-gilir, walaubagaimanapun sebagai permulaan biarlah ianya menjadi hanya sedekah atau derma sahaja

Kita sering melihat ada Orang Islam yang kutip derma di hadapan pintu Bank dengan kotak “derma untuk Rumah Yatim” atau Derma untuk “Pembinaan Surau”, dengan program ini masaalah ini dapat di ringankan, bagi pihak pengutip derma tersebut jika benar kita dapat membantu mereka jika salah kita dapat hindari mereka dengan menderma kepada rumah anak yatim dan surau yang betul

Gejala Murtad berlaku di sebabkan kesalahan kita sendiri yang kurang prihatin dengan masaalah Saudara Seagama dan Sebangsa yang di himpit kesusahan dan masaalah kewangan, disebabkan masaalah kewangan dan kesusahan itu maka mereka mudah di dekati pendakwah Kristian yang menggunakan kuasa duit untuk memikat mereka
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Kepapaan itu hampir-hampir membawa kepada kekufuran.

Bagi mengatasi masaalah Murtad ini kita Umat Islam perlu mengumpulkan DANA yang cukup sebagai modal bagi membantu masaalah Saudara Kita yang terjebak dengan gejala Murtad, Dengan Program Kutu Anti Murtad ini saya yakin akan dapat mengatasi gejala Murtad
Program Kutu Masjid Surau dan Anak Yatim dan Anti Murtad ini bertujuan untuk meminta sedekah berjadual hanya beberapa ringgit sebulan daripada Kaum Melayu Islam, Jika ramai yang sanggup membayar puluhan ringgit untuk Astro sebulan maka tidak salah jika membayar hanya beberapa ringgit sahaja bersedekah !

Contohnya dalam sebulan ada 4 minggu dan 4 kali Solat Jumaat jadi Anda boleh membayar hanya 4 ringgit sahaja seminggu ! kepada Kaum wanita yang tidak dapat bersolat Jumaat ini peluang Anda untuk Bersedekah untuk Masjid !

Seperti biasa tiada paksaan untuk Bersedekah terpulang pada Anda semua ! begitu juga jumlah sedekah terpulang pada Anda ! nama sahaja "main kutu" tapi konsep lain !

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Nak jadi peserta mudah sahaja, buat permulaan ini Anda boleh masukkan Sedekah Anda kedalam Akaun ini


MAYBANK NOR HARISAH MAT DAUD 114384069031

ia sebagai permulaan sebelum kita buat sistem yang lebih baik seperti standing Instruction iaitu potongan terus dari bank dan sebagainya
sebagai melatih diri Kita untuk bersedekah secara berjadual sebagai bekalan tambahan di Akhirat nanti INSYAALLAH

Sekian saja untuk kali ini

Semoga Anda Berada dalam Rahmat dan Berkat ALLAH S.W.T

Terima Kasih

Wassalam